Saturday, April 11, 2009

Penerimaan Masyarakat



"Zaman sekarang ni..sapa yang tak tau lomography tu..memang dia kodi tau tak!"
-Mukhriz Latif-

Kepulangan Yang Dinanti..

hahaha..setelah 3-4 minggu rasenye aku x pulang ke kmpg halaman johor bahru utk bertemu sanak sedara..smp mak aku pon giler rindu kat aku..huhu..sorry ibu..its not like i dun wana go back home,bz la..projek tu,projek ni..mengalahkan engineer..haha..padahal padahal..

mgu dpn da study week..so aku pon mcm nk blk nk mntk restu mak bapak aku supaya mendapat keberkatan utk menjawab aku nye pekse final yg akan start 21hb ni..

timetable exam sem ni tak mcm haram plak kan..bole ke die letak straight 3 hari aku kne sit for 4 papers? nak mampos tu namenye..haiz takpe la unisel..geram je..

lucky kekasih hati sbb beliau bakal menghabiskan sisa-sisa final dlm masa terdekat ini..org tu nak amek lesen la katekan..pasni b la plak jd driver eh..its come to my turn letak kaki kat dashboard..hehehe..

aku ni pon harini mcm takde keje, pg2 bute dah bgn, turun cafe on9..bukti kebosanan yg melampau kat unisel ni..dan merupakan antara sbb utama aku nk blk..plan nk jmpe uan..mcm nk samok2..hahaha..just wait n c..

kat sini aku nak bukak tawaran kpd sesiapa yg berminat utk membantu aku menyiapkan 3 lg projek yg aku kene hantar sblm 21hb ni..hahahaha..

SELAMAT PAGI MALAYSIA
SELAMAT PAGI UNISEL
SELAMAT PAGI DUNIA



Tuesday, April 7, 2009

D.R.A.M.


Tahukah anda?

Dram adalah termasuk dalam keluarga alat muzik perkusi (percussion) dan secara teknikalnya ianya dikenali sebagai membranophone. Dram terdiri daripada sekurang-kurangnya satu membran dipanggil kepala dram (drumhead) atau kulit dram (drumskin) yang diregangkan pada kerangka dan perlu secara langsung diketuk atau dipalu menggunakan bahagian tubuh pemuzik atau alat seperti kayu (stick) untuk menghasilkan bunyi.



Teknik lain yang turut digunakan untuk menghasilkan bunyi adalah seperti thumb roll.

Dram boleh dianggap sebagai instrumen muzik tertua yang mana bentuk asal sesebuah dram itu masih kekal sejak beribu-ribu tahun sehingga kini. Kebanyakan dram boleh dianggap sebagai alat muzik yang tidak boleh diselaraskan atau untuned instruments.

Bagaimanapun ramai pemuzik moden mula mula membuat tuning dram untuk lagu, Terry Bozzio misalnya menciptakan perkakasan khusus menggunakan pelarasan bunyi dram diatonic dan chromatic.

Beberapa jenis dram seperti Timpani sering ditiun (tuned) ke nada tertentu. Sering kali juga, beberapa dram disusun bersama untuk membentuk perkakasan dram yang boleh dimainkan oleh seorang pemuzik menggunakan kaki dan tangan.


Timpani

Ada beberapa faktor yang menentukan bunyi yang dihasilkan dram termasuk jenis kerangka dram, jenis drumhead, dan tekanan ke atas drumheads. Bunyi dram yang berbeza juga punya kegunaan berbeza dalam muzik contohnya pemain dram jazz mungkin mahukan dram yang bunyinya agak rangup, bersih dan sedikit lembut pada ketika tertentu, manakala pemain dram rock n roll pula mahukan bunyi yang kedengaran kuat dan mendalam.

Kerana pemain dram ini mahukan bunyi yang berbeza, dram mereka perlu dibentuk mengikut keperluan tertentu juga.

Dram biasanya dimainkan dengan tangan atau menggunakan satu atau dua kayu. Dalam budaya tradisional, dram punya fungsi yang simbolik dan sering digunakan untuk upacara keagamaan. Dram juga digunakan sebagai terapi muzik, terutama dram tangan kerana sifatnya yang memerlukan sentuhan dan mudah dimainkan oleh pelbagai golongan masyarakat.



Bagaimanapun dalam lingkungan muzik popular dan jazz masa kini, dram biasanya ditujukan atau dimaksudkan perkakasan dram atau set dram dan pemain pula biasanya anggota sebuah band atau seseorang yang memainkan instrumen itu. Pemain dram terkemuka yang memilikiskil tinggi dalam permainan dram adalah Michael Stephen Portnoy atau Mike Portnoy, anggota kumpulan Dream Theatre yang memperjuangkan muzik progresif metal.


Mike Portnoy

(dipetik dan diubahsuaikan daripada Berita Minggu, 1 Mac 2009)

Monday, April 6, 2009

penghujung...

hujung..
akhir..
end..
last..

minggu terakhir 2/2008/2009
persiapan terakhir
last-last je
'minggu belajar'
hahaha

update soon..


Wednesday, April 1, 2009

Al-Kisah Seorang Puteri

Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila on 7Eleven. Sejak lahir lagi puteri ini telah terkena sumpahan. Apa je menda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau puteri tu terpegang mereka maka mereka akan cair jugak. Maka musykil la Ayahanda nye kerana alamat tak kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat memanda perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat. Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan memanda perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa barang siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu. Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung..... Muncul lah lelaki yang pertama,

Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?
Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf, bateri dan kapal terbang. Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.
Lelaki#1 : Silakan.... Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu.Ahhhhhh Cair nampaknye logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri... Muncullah lelaki ke-2.....

Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?
Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras dalam dunia. Pada masa akan datang, menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar lautan.
Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.
Lelaki#2: Silakan..... Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut.Ahhhhhhhh Cair jugak berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri.

Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya... Kemudian muncul lah elaki yang terakhir. Eh!!Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa pun di tangannya!

Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?
Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket hamba ini. Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu. Biar puteri Beta cuba memegangnya. Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya, seluklah dalam poket hamba ini... Maharaja: Hmmmm.... Kalau begitu, baiklah!

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu. Kemudian puteri terpegang sesuatu... Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan... Maharaja tanya puterinya

Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?
Puteri: Dapat....
Maharaja: Benda tu cair?
Puteri: Tak....
Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu Beta!
Lelaki: Hehehehehehehehehehehe.......

Tapi...Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan kenapa benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah pegang? Apa yang korang terlintas dalam kepala korang? haaaaa?Hehehehehehehehehe.....


HA HA HA JAWAPANNYA IALAH... COKELAT M&M CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN! KORANG INGAT APA? OTAK TU BIAR BETUL SIKIT AAAAA...TAK SESUAIII TAU....KWUANG KWUANG HE HE PUTERI TU MERAH MUKA MALU PASAL DEPAN DIA TU BAKAL SUAMI DIA..BUKAN PASAL DIE PEGANG BENDE LAEN...