Thursday, June 18, 2009

All are invited...


The UNISEL Industrial Psychology’s annual dinner and pre-graduation night that must be attend by everybody.

Party all night, food, play, dance, and lots of memorable moment to be snap and keep in your album.

Please don’t be hesitating to join us and feel the swingy of the night.


This program is proudly presented by the students of Industrial Psychology.

For more info, please call:

013-7211937 (Amy)


Friday, May 22, 2009

???

Di sebalik kalbu

Yang semakin layu

Terbenam rasa rindu

Terkunci suara hati

Tiada siapa tahu

Saturday, April 11, 2009

Penerimaan Masyarakat



"Zaman sekarang ni..sapa yang tak tau lomography tu..memang dia kodi tau tak!"
-Mukhriz Latif-

Kepulangan Yang Dinanti..

hahaha..setelah 3-4 minggu rasenye aku x pulang ke kmpg halaman johor bahru utk bertemu sanak sedara..smp mak aku pon giler rindu kat aku..huhu..sorry ibu..its not like i dun wana go back home,bz la..projek tu,projek ni..mengalahkan engineer..haha..padahal padahal..

mgu dpn da study week..so aku pon mcm nk blk nk mntk restu mak bapak aku supaya mendapat keberkatan utk menjawab aku nye pekse final yg akan start 21hb ni..

timetable exam sem ni tak mcm haram plak kan..bole ke die letak straight 3 hari aku kne sit for 4 papers? nak mampos tu namenye..haiz takpe la unisel..geram je..

lucky kekasih hati sbb beliau bakal menghabiskan sisa-sisa final dlm masa terdekat ini..org tu nak amek lesen la katekan..pasni b la plak jd driver eh..its come to my turn letak kaki kat dashboard..hehehe..

aku ni pon harini mcm takde keje, pg2 bute dah bgn, turun cafe on9..bukti kebosanan yg melampau kat unisel ni..dan merupakan antara sbb utama aku nk blk..plan nk jmpe uan..mcm nk samok2..hahaha..just wait n c..

kat sini aku nak bukak tawaran kpd sesiapa yg berminat utk membantu aku menyiapkan 3 lg projek yg aku kene hantar sblm 21hb ni..hahahaha..

SELAMAT PAGI MALAYSIA
SELAMAT PAGI UNISEL
SELAMAT PAGI DUNIA



Tuesday, April 7, 2009

D.R.A.M.


Tahukah anda?

Dram adalah termasuk dalam keluarga alat muzik perkusi (percussion) dan secara teknikalnya ianya dikenali sebagai membranophone. Dram terdiri daripada sekurang-kurangnya satu membran dipanggil kepala dram (drumhead) atau kulit dram (drumskin) yang diregangkan pada kerangka dan perlu secara langsung diketuk atau dipalu menggunakan bahagian tubuh pemuzik atau alat seperti kayu (stick) untuk menghasilkan bunyi.



Teknik lain yang turut digunakan untuk menghasilkan bunyi adalah seperti thumb roll.

Dram boleh dianggap sebagai instrumen muzik tertua yang mana bentuk asal sesebuah dram itu masih kekal sejak beribu-ribu tahun sehingga kini. Kebanyakan dram boleh dianggap sebagai alat muzik yang tidak boleh diselaraskan atau untuned instruments.

Bagaimanapun ramai pemuzik moden mula mula membuat tuning dram untuk lagu, Terry Bozzio misalnya menciptakan perkakasan khusus menggunakan pelarasan bunyi dram diatonic dan chromatic.

Beberapa jenis dram seperti Timpani sering ditiun (tuned) ke nada tertentu. Sering kali juga, beberapa dram disusun bersama untuk membentuk perkakasan dram yang boleh dimainkan oleh seorang pemuzik menggunakan kaki dan tangan.


Timpani

Ada beberapa faktor yang menentukan bunyi yang dihasilkan dram termasuk jenis kerangka dram, jenis drumhead, dan tekanan ke atas drumheads. Bunyi dram yang berbeza juga punya kegunaan berbeza dalam muzik contohnya pemain dram jazz mungkin mahukan dram yang bunyinya agak rangup, bersih dan sedikit lembut pada ketika tertentu, manakala pemain dram rock n roll pula mahukan bunyi yang kedengaran kuat dan mendalam.

Kerana pemain dram ini mahukan bunyi yang berbeza, dram mereka perlu dibentuk mengikut keperluan tertentu juga.

Dram biasanya dimainkan dengan tangan atau menggunakan satu atau dua kayu. Dalam budaya tradisional, dram punya fungsi yang simbolik dan sering digunakan untuk upacara keagamaan. Dram juga digunakan sebagai terapi muzik, terutama dram tangan kerana sifatnya yang memerlukan sentuhan dan mudah dimainkan oleh pelbagai golongan masyarakat.



Bagaimanapun dalam lingkungan muzik popular dan jazz masa kini, dram biasanya ditujukan atau dimaksudkan perkakasan dram atau set dram dan pemain pula biasanya anggota sebuah band atau seseorang yang memainkan instrumen itu. Pemain dram terkemuka yang memilikiskil tinggi dalam permainan dram adalah Michael Stephen Portnoy atau Mike Portnoy, anggota kumpulan Dream Theatre yang memperjuangkan muzik progresif metal.


Mike Portnoy

(dipetik dan diubahsuaikan daripada Berita Minggu, 1 Mac 2009)