Saturday, February 14, 2009

Fuck Valentine's

“Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’ Sabda Rasulullah S.A.W



وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )



Hadis dan firman di atas jelas menunjukkan betapa Islam itu amat melarang umatnya drpd terikut-ikut dgn budaya kafir yg sering kita agung-agungkan. Tanggal 14 Februari sering diingati sebagai Hari utk Memperingati Kekasih. Setiap tahun di seluruh dunia, tidak terkecuali sebahagian masyarakat Islam sendiri, pasti meraikan kedatangan hari ini untuk menzahirkan rasa cinta pada pasangan masing-masing. Ada yang menghadiahkan bunga, coklat, cincin emas atau hadiah-hadiah lain, malah ada yang dengan bangganya melangsungkan majlis perkahwinan atau pertunangan pada tarikh ini. Media massa pula galak mempromosikan sambutan Hari Valentine melalui pelbagai bentuk propaganda. Apa yang jelas dalam sambutan Valentine Day ialah pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Justeru, bagi menzahirkan rasa cinta, pelbagai aktiviti dilakukan yang jelas haram dan bertentangan dengan Islam. Apa yang pasti ialah pasangan kekasih akan mengadakan pertemuan demi melahirkan perasaan cinta. Pada waktu itu juga syaitan akan mencuba sedaya-upaya utk menghasut mereka supaya melakukan perkara-perkara terkutuk, dan berlakulah zina dan sebagainya.

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: "Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam."

Sambutan Hari Valentine adalah HARAM di sisi Islam. Terdapat pelbagai versi cerita yg saya dengar drpd pelbagai medium tentang sejarah Hari Valentine itu sendiri. Semalam sewaktu solat Jumaat, khatib ada menceritakan bahawa asal-usul peristiwa, Hari Valentine adalah suatu perayaan yang berdasarkan tradisi bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka memeluk agama Nasrani, maka sambutan tersebut berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine. Tokoh yang bernama St. Valentine ini pula adalah seorang paderi Nasrani yang telah dihukum bunuh kerana tindakannya membela cinta pasangan-pasangan kekasih kerana kerajaan pada zamannya tidak membenarkan perkahwinan disebalik menumpukan kepada usaha ketenteraan.

Justeru, kita sebagai umat Islam yg telah dididik dgn unsur-unsur moraliti keislamaan itu sendiri mesti mengamalkannya sebaik mungkin, supaya akhlak dan akidah yg telah disemat sedari kecil tidak terpesong. Kita juga telah diajar dgn amar makruf nahi mungkar. Sebagai umat Islam, saya mempunyai tanggungjawab utk mengingatkan kpd saudara-saudara saya tentang kebaikan dan berusaha utk mencegah kemungkaran. Dan kita juga mempunyai tanggungjawab utk saling memperingati antara satu sama lain supaya berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.

The moral of today's story is janganlah kita terikut-ikut dgn budaya yg telah dibawa oleh barat, kerana secara jelas ianya telah melanggar norma-norma kita sebagai masyarakat Melayu Islam khususnya. Apatah lagi, sambutan Valentine's Day ini adalah budaya drpd agama Nasrani itu sendiri, yg mana jika kita mengamalkannya, kita menjadi sebahagian drpd mereka dan boleh memesongkan akidah serta murtad, nauzubillah.

No comments:

Post a Comment