Sunday, February 1, 2009

Penat Penat Penat

31 Januari 2009..

3.00 pagi..waktu Malaysia..
waktu yg amat dingin..tatkala titisan-titisan embun menunjukkan dirinya..
waktu yg amat indah bg seluruh warga jagat mengulit dan membuai mimpi..
tapi aku..aku berhempas-pulas mengangkut bagasi-bagasi turun dari bas express yg begitu chibye..sangat bingit bagi perjalanan KL-JB, sejauh 347km, dan mengambil masa 4 jam..arghh..!!
nasib amat tidak menyebelahi aku & si dia apabila ditemukan dgn si chibye tersebut..sumpah aku tak nak naik lg lain kali..



9.00 pagi..waktu Malaysia..
waktu yg agak dingin..tatkala titisan-titisan embun mulai mengering..
waktu yg amat indah bg seluruh warga jagat mulai tersedar bahawa mereka bermimpi..
tapi aku..aku berhempas-pulas bangkit dari lelapan mata demi melaksanakan perancangan bersama si dia..mata kuyu..dah lama tak menjejakkan kaki ke tanah singa di seberang..alhamdulillah,harini aku & si dia akan meredah kesesakan tambak johor demi mencari maklumat tentang sesuatu yang dinamakan alat penangkap gambar..ayam penyet kerrys menjadi santapan tgh hari..jam 1.30 tiba di vivo city..pusing punya pusing,si dia naik pening..pening memikirkan alat penangkap gambar mana satu yg menjadi idaman..haha..kesian si dia..

3.00 petang..waktu Singapura..
aku mendail talifon tanpa wayarku untuk bermaklum-balas dgn si pemain surdo sahabat baikku..niat ingin bertemu..hati berkata untung-untung dpt tgk chingay free..chingay siol..haha..

aku : eh wan,ko katne?
wan : aku kt clark quay.nk g mkn.ko ktne?
aku : aku kt harbourfront.
wan : oh ko kt spore?dtg la jmpe kitorg.
aku : taknak la,segan la aku ngan bdk2 bloco.
wan : dtg je la.aku ngan bdk2 upbeats je.
aku : ok jap.aku ingat nk gi tgk chingay.
wan : eh dtg la,chingay free.tp ko kne stay tepi jln je la.bru smlm aku dpt tau.tiket utk
grandstand je sbnrnye.tp kalau ko nk dtg,gi ngan ranor sbb die takde member.
aku : ok2.aku bincang ngan nadya dlu,tgk cmne.papehal aku kol ko blk.
wan : ok.

fuhlamak..bunga-bunga hatiku kembang mekar setaman..haha..impian menyaksikan perarakan chingay hampir ku gapai..nama Bloco Singapura berlegar-legar di mindaku..manakan tidak,rindu yg amat kepalang utk beraksi bersama mereka..apa boleh buat..untung nasib aku bukan dgn diorang..

aku berbincang dgn si dia berkenaan dgn niatku utk ketemu sama wan & menyaksikan chingay..bincang punya bincang,keputusan diambil..keputusan yg ku fikir tidak mengapa,apabila si dia menyatakan kita hanya bolej berjumpa wan tanpa menyaksikan perarakan kerana takut telat pulang..seperti ku katakan,tidak mengapa..kepentingan si dia melebihi segala-galanya..

dan pada ketika itu,sms dari wan menyusul yg menyatakan kita tidak mungkin berjumpa hari ini kerana urusan persembahan telah mendahuluinya..aku faham..dan sekali lagi tidak mengapa..haha sialan..sudah jatuh ditimpa tangga..apa bole buat..

4.00 petang..waktu Singapura..
tak tahu hendak ke mana..sesat plak sampai jurong..mana lg hala tuju..IMM sahaja yg ada..cepat-cepat aku memandu meluru ke sana..si dia sekali lg mencabar dirinya utk mencari idaman hati..pusing punya pusing..akhirnya,finally..si dia bertemu dgn idaman hati..model terbaru,saudara Lumix,FZ28..geram..gerek..kondisi yg amat mantap bagi sesebuah semi-pro..si dia mengambil keputusan untuk mendapatkan si FZ28 yg sangat mencuri tumpuan..



haha..sbnrnya baru perancangan..baru ura-ura hendak membeli..tak semestinya beli kan? si dia bercadang untuk mendpatkannya suatu hari nanti..apabila simpanan hartanya mencukupi..tidak murah..tidak mahal..S$749..siapa nak kasi kan? alsobru minal iman..manifest manifest dan manifest..insyallah dapat..

6.00 petang..waktu Singapura..
cadangan pulang ke tanah besar semenanjung..alhamdulillah..aku tak perlu berhempas-pulas mengharungi kesesakan lalu-lintas..6.30 tiba di Tanjung Puteri..makan makan dan makan..jalan jalan dan jalan..lepak lepak dan lepak..

10.00 malam..waktu Malaysia..
ke Larkin menghantar sahabat si dia pulang ke Temasek..dan kami terus pulang..dan seterusnya aku ke tempat Tebrau ini..dan sehingga kini..jam lbh kurang 2.30 pg..

aku..penat penat dan penat..arghh..mahu tidur..

selamat pagi Malaysia..
selamat pagi Singapura..
selamat pagi warja jagat..

nota kaki : aku rindu kuliah dan unisel walaupon penat..dan kepada si dia..ku pohon maaf darimu atas sikapku sebentar tadi..aku hilang mood sebenarnya..

1 comment:

  1. wah wah
    macam baca diari mari melancong bersama amy & nadya.
    hahhahaha

    nota kaki:
    budak budak unisel langsung tak rindu kat lu.
    gua ngn ayg gua lebih bahagia kot

    hhahahahaha

    ReplyDelete